Selasa, 1 September 2015


                       Penanaman Koko di Malaysia


Koko merupakan tanaman keluaran ladang yang ketiga terbesar di Malaysia selepas kelapa sawait dan getah. Malaysia ialah negara pengisar koko kelima terbesar di dunia.Sarawak pula merupakan negeri yang mempunyai keluasan tanaman koko terbesar di Malaysia.
     

     Kini,koko mendapat permintaan yang tinggi kerana harga koko di pasaran cukup tinggi, iaitu RM2.50 sekilo.Di Malaysia, koko diusahakan di ladang dan juga di kebun-kebun kecil.Pokok-pokok  koko memerlukan penjagaan yang sistematik untuk memastikan hasi yang baik.Antaranya, pengurusan pokok pelindung,pembajaan , kawalan penyakit dan perosak, kawalan rampai , pemangkasan dan penuaian.

    

       Hasil produk koko separti lemak koko dapat menghasilkan pelbagai produk makanan dan bukan makanan .Antara produk makanan termasuklah coklat , kek, biskut, dan juga barangan kosmetik seperti gincu, pelembab muka dan juga bedak.

       Koko mempunyai pelbagai khasiat.Lemak koko dapat merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Serbuk koko pula mengandungi lemak protein ,karbohidrat dan vitamin A, B ,D dan E.




                 

                      buah koko